Hari ini kami di tugaskan untuk membuat simulasi bagi menemuduga pesakit demam denggi. Agak sukar kerana masih janggal dan malu sesama sendiri untuk melakukannya. Kami ni bukannya pelakon handalan macam En.Ikhmal yang menjadi orang tua yang di syaki demam denggi. Mantop sungguh lakonanmu En.Ikhmal, dengan mimik muka yang selamber hehehe. Apapun syabas pada semua kerana mendapat pujian dari trainer, En. Razak. Cuma latihan demi latihan lagi diperlukan untuk memantapkan lagi cara menemuduga pesakit yang mana akan di jalankan sekali lagi oleh pengajar-pengajar KSKB.



